Rabu, 24 September 2008

keselamatan semasa balik kampung

  • TIPS KESELAMATAN KETIKA PULANG BERAYA DI KAMPUNG

  • Pakaian-mestilah yang tebal lagi bagus kalau pakai ‘jaket’.Begitu juga seluar biarlah seluar ‘jeans’.Sarung tangan dan kasut yang melebihi buku lali kalau boleh.
  • Helmet-mempunyai visor dan tidak gelap untuk menunggang di malam hari.
  • ‘Tools’-sediakan perkakas seperti spana.playar,skru driver,lampu suluh,pump tayar,tiub,baju hujan dan sebagainya.
  • Motosikal-periksa segala-galanya tayar,brek.lampu depan/belakang,signal,rantai,plug,minyak 2T(enjin 2 lejang),minyak brek dan kalau boleh ’service’ dahulu motosikal anda.

Cuba lihat rantai motosikal anda kering atau berminyak.Bukan apa kalau kita menunggang dalam keadaan hujan rantai tersebut akan menjadi amat kering dan boleh putus di tengah jalan.Pastikan bawa minyak rantai ’spare’ (beli di kedai tak sampai RM10) untuk kegunaan di musim hujan macam sekarang.Berhenti seketika di tempat yang selamat setelah menempuh hujan kemudian minyakkan rantai motosikal anda kerana air hujan dengan cepat menyahkan minyak akibat geseran pada rantai.

Begitu juga dengan helmet kalau pakai versi penuh muka lagi baik.

sumber: duniamoto.com

Tiada ulasan: