Jumaat, 17 Oktober 2008

SEJARAH PEMBUATAN MOTOSIKAL

Dalam sejarah pembinaan motosikal , Daimler yang terkenal sebagai pencipta motosikal pertama sebenarnya lebih berminat kepada penciptaan kereta berbanding motosikal. Walau bagaimana pun usaha Daimler ini telah disambung oleh seorang lagi perentis iaitu Wilhelm Maybach tetapi dengan bantuan Daimler.

Pada masa yang sama dua rakan baik iaitu Hildeb dan Wolfmuller dari Munich turut berjaya mencipta motosikal dengan menggunakan enjin stim dimana mereka menggunakan basikal sebagai asas motosikal tersebut. Motosikal enjin stim ini tidak lama kerana untuk ciptaan seterusnya mereka menggunakan enjin gasoline. Nama-nama lain dalam penciptaan motosikal ialah Kolonel HC Golden dari England dan Count De Dion bersama rakannya Goerges Bouton dari Perancis juga telah berjaya mencipta motosikal yang menggunakan enjin gasoline.

Semenjak pencitaan pertama ini telah berlaku banyak revolusi penciptaan motosikal. Dari motosikal pertama yang menggunakan belt atau talisawat sebagai pemacu telah berlaku berbagai perubahan kepada pemacu gegancu dan juga gear.

Walau bagaimana pun pemacu belt masih lagi ada digunakan sekarang tetapi dengan kaedah yang
lebih baik dan canggih. Kemajuan motosikal terus berlaku dimana , injap salur masuk secara mekanikal telah dicipta pada tahun1908, transmisi 6 kelajuan jentera Douglas telah dicipta pada tahun 1912 dan lampu elektrik pada tahun 1914.

Nama-nama seperti Peugeot, Indian, Sears Roebuck, Norton, OD atau Ostner Dresdan dan Triumph berupakan pengeluar motosikal pertama dunia.

Pengeluaran motosikal ini telah bermula semenjak tahun 1899 lagi dimana Peugeot merupakan syarikat pertama yang mengeluaran motosikal untuk pasaran.

sumber: superbikemalaysia.com

Tiada ulasan: