Ahad, 15 Mac 2009

VOLVO S 40

VOLVO adalah jentera dari Sweden paling popular selain Saab dan jentera itu mempunyai ramai peminat.

Sistem memori pada tempat duduk - Ruang dalaman S40 juga agak luas walaupun dikenali sedan terkecil dalam keluarga Volvo

VOLVO adalah jentera dari Sweden paling popular selain Saab dan jentera itu mempunyai ramai peminat.


Bagi golongan berusia, apabila memandu Volvo, ia memukau mata golongan seusia mereka.

Bagaimanapun, persepsi berkenaan semakin berubah mengikut peredaran masa apabila jentera berkenaan bukan lagi menjadi tarikan golongan veteran, malah golongan muda.

Antara model mendapat perhatian adalah model sedan terkecil, S40 yang dipertingkatkan.

Kini jenama Volvo bukan lagi dikenali jentera berbentuk kotak, tetapi menyamai model Eropah lain yang lebih bergaya, mewah dan berkuasa.

Dari sudut luaran S40, jelas kelihatan alur aerodinamik lebih lembut menjadikan ia tampak bergaya termasuk padanan gril berpalang baru.

Malah, versi dipertingkatkan ini dilengkapi set bodykit yang sporty, tetapi hanya spoiler belakang dibekalkan bagi unit pandu uji kali ini.

Ruang dalamannya agak luas walaupun ia dikenali sebagai sedan terkecil dalam keluarga Volvo.

Padanan warna gelap kerusi pemandu dan penumpang hadapan dengan kawalan elektrik menjanjikan keselesaan ketika memandu.

Malah, sistem memori tempat duduk menjadikan Volvo S40 mudah dan tidak menyukarkan pemandu untuk menetapkan semula posisi memandu kepada asal.

Ruang kokpit yang berkotak menjadikannya unik dan ruang menyimpan barang di belakang unit kawalan audio dan suhu menjadikan ia agak selamat jika mahu meletak telefon bimbit atau beg kecil.

Alat kawalan audio dan penyaman udara juga tersusun kemas memudahkan pemandu untuk menetapkan suhu kenderaan selain mendengar alunan muzik digemari.

Situasi ini dibantu sistem audio lapan pembesar suara dengan penukar enam CD terbina yang berupaya menghasilkan bunyi mengikut kemahuan pemandu dan penumpang.

Sistem navigasi mudah alih juga membantu pemandu merancang perjalanan dan sedikit sebanyak menjimatkan penggunaan minyak.

Balutan kulit hitam bermutu tinggi buatan Eropah memenuhi hampir keseluruhan ruang dalaman termasuk pintu, stereng dan pemegang brek tangan.

Dari sudut kuasa, Volvo S40 dibekalkan dengan enjin 2.4L lima silinder yang menjana 170hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 230Nm pada 4,400 rpm.

Ini membolehkan S40 memecut sehingga 215 kilometer sejam (km/j) manakala pecutan daripada kedudukan pegun ke 100 km/j hanya mengambil masa 8.9 saat.

Transmisi automatik lima kelajuan dengan fungsi Geartronic hampir tidak terasa apabila pertukaran gear berlaku dan ini memberi keselesaan kepada penumpang.

Sistem suspensi yang ditala baik sehingga alunan dan gegaran ketika roda mencecah lubang adalah minimum.

Walaupun Volvo tidak menjadi peneraju di dalam keselamatan kenderaan, S40 masih menampilkan banyak ciri keselamatan moden seperti beg udara depan, sisi dan tirai udara sisi.

Malah, ciri keselamatan seperti sistem WHIPS (Whiplash Protection Control), ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brakeforece Distribution), STC (Stability & Traction Control), EBA (Emergency Braking Assistance) adalah standard.

Berharga RM169,950 tanpa insurans, S40 boleh diacu menjadi sebuah jentera yang sporty, mewah dan garang dengan padanan bodykit tulen dari Scandinavian.

SPESIFIKASI
VOLVO S40 2.4i
Enjin: Lima silinder 2,435cc
Kuasa maksimum: 170hp pada 6,000 rpm
Tork maksimum: 230Nm pada 4,400 rpm
Transmisi: Automatik lima kelajuan dengan Geartronic
Ciri keselamatan: Beg udara, ABS, EBD, STC, EBA, Whips, Air Curtain
Harga: RM169,950.00 tanpa insurans

Tayar yang dicadangkan
ContiPremium Contact 2
Saiz Standard 205/55 R16

Tiada ulasan: