Isnin, 27 Oktober 2008

MOTOSIKAL KLASIK

Buat semua peminat motosikal klasik, kali ini disiarkan beberapa keping gambar motosikal klasik untuk tatapan semua peminat motosikal klasik.Antara motosikal tersebut ialah BSA Sloper keluaran 1930,BSA Star 500cc,Raleigh Saddle Tank 1927,Harley Flat Tan
k dan Ariel Twin 500cc keluaran 1950.



RALEIGH SADDLE TANK 1927


HARLEY FLAT TANK


BSA STAR 500CC


BSA M20


BSA SLOPER 1930

Khamis, 23 Oktober 2008

CARA MENJIMATKAN MINYAK MOTOSIKAL

PENGGUNAAN klac tangan boleh menjimatkan penggunaan bahanapi sekiranya corak pemanduan diamalkan tidak membebankan enjin.

Pemanduan manual boleh menjimatkan penggunaan bahanapi jika kita merasai kelajuan motosikal menurun dan melakukan penukaran gear.

Dengan cara ini enjin beroperasi lebih cekap dan ringan serta menjimatkan bahan api, terutamanya dalam keadaan bahan api kini yang meningkat harganya.

Pecutan juga bertambah kerana kita mampu mengawal penukaran gear mengikut kuasa dikehendaki.

Ahad, 19 Oktober 2008

KESAN KRISIS EKONOMI TERHADAP INDUSTRI AUTOMOTIF

Kesan krisis ekonomi semakin dirasai.Firma pengeluar kereta dari Sweden yang mengilang kereta Volvo bakal memberhentikan lebih 3000 kakitangan pada peringkat awal krisis ekonomi.Tindakan tersebut adalah kerana permintaan yang semakin menurun dan bagi mengelakkan kerugian.
General Motor ( GM ) iaitu pengeluar kenderaan kedua terbesar dunia juga akan mengurangkan pengeluaran sehingga 40,000 buah kenderaan.
Di Britain,jualan kereta baru menjunam 12 peratus pada bulan lalu dan mungkin menjadi lebih buruk pada masa hadapan.Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangka jumlah jualan kenderaan baru di negara ini menurun sebanyak 16.5 peratus atau 45,874 buah bagi setengah tahun kedua 2008

Sabtu, 18 Oktober 2008

PERODUA MYVI SE

PERODUA MYVI SE KINI TELAH BERADA DI PASARAN.KEPADA PARA PEMINAT KERETA KOMPAK INILAH PELUANG UNTUK MEMILIKI KERETA KOMPAK KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA.HARGA..BOLEH TAHAN..TAPI BERBALOI.DAPATKAN SEGERA DI PERODUA.

HARGA MYVI SE ON THE ROAD
  • Manual - White - RM49,900
  • Manual - Orange, Black, Silver, Pearl White - RM50,400
  • Automatic - White - RM52,900
  • Automatic - Orange, Black, Silver, Pearl White - RM53,400





Jumaat, 17 Oktober 2008

ATR 72-500 Firefly

Firefly, syarikat milik Penerbangan Malaysia (MAS) ini menerima pesawat ATR 72-500 pertama daripada 10 yang ditempahnya.Firefly kini menjadi syarikat penerbangan pertama beroperasi dengan pesawat berkuasa turbo berkembar. Ia mengadakan penerbangan dari Subang ke Koh Samui (Thailand), Pekanbaru dan Banda Aceh (Indonesia). Selain itu, laluan baru termasuk Pulau Pinang ke Medan dan Banda Aceh.

SEJARAH PEMBUATAN MOTOSIKAL

Dalam sejarah pembinaan motosikal , Daimler yang terkenal sebagai pencipta motosikal pertama sebenarnya lebih berminat kepada penciptaan kereta berbanding motosikal. Walau bagaimana pun usaha Daimler ini telah disambung oleh seorang lagi perentis iaitu Wilhelm Maybach tetapi dengan bantuan Daimler.

Pada masa yang sama dua rakan baik iaitu Hildeb dan Wolfmuller dari Munich turut berjaya mencipta motosikal dengan menggunakan enjin stim dimana mereka menggunakan basikal sebagai asas motosikal tersebut. Motosikal enjin stim ini tidak lama kerana untuk ciptaan seterusnya mereka menggunakan enjin gasoline. Nama-nama lain dalam penciptaan motosikal ialah Kolonel HC Golden dari England dan Count De Dion bersama rakannya Goerges Bouton dari Perancis juga telah berjaya mencipta motosikal yang menggunakan enjin gasoline.

Semenjak pencitaan pertama ini telah berlaku banyak revolusi penciptaan motosikal. Dari motosikal pertama yang menggunakan belt atau talisawat sebagai pemacu telah berlaku berbagai perubahan kepada pemacu gegancu dan juga gear.

Walau bagaimana pun pemacu belt masih lagi ada digunakan sekarang tetapi dengan kaedah yang
lebih baik dan canggih. Kemajuan motosikal terus berlaku dimana , injap salur masuk secara mekanikal telah dicipta pada tahun1908, transmisi 6 kelajuan jentera Douglas telah dicipta pada tahun 1912 dan lampu elektrik pada tahun 1914.

Nama-nama seperti Peugeot, Indian, Sears Roebuck, Norton, OD atau Ostner Dresdan dan Triumph berupakan pengeluar motosikal pertama dunia.

Pengeluaran motosikal ini telah bermula semenjak tahun 1899 lagi dimana Peugeot merupakan syarikat pertama yang mengeluaran motosikal untuk pasaran.

sumber: superbikemalaysia.com

Rabu, 15 Oktober 2008

HARGA MOTOSIKAL TERKINI

Berikut adalah senarai harga bagi beberapa jenama motosikal di Malaysia

Honda

MODEL OTR(RM) Update
EX5 DREAM (K) 4094.17 14/10/08
EX5 DREAM (E) 4403.17 14/10/08
WAVE 100(K) 4174.80 14/10/08
WAVE 100R (K) 4518.65 14/10/08
WAVE 100R (E) 4825.90 14/10/08
WAVE S 125 (K) 5273.75 14/10/08
WAVES 125 (E) 5561.00 14/10/08
WAVEX 125(K) 5533.00 14/10/08
CLICK 110 (E) 6317.00 14/10/08
CBR 150 10552.15 14/10/08

Yamaha

MODEL OTR(RM) Update
FZ 150 (E) 8406.30 14/10/08
LAGENDA (K,D) 5007.60 14/10/08
LAGENDA (E,D) 5316.05 14/10/08
LAGENDA (CW) 5568.75 14/10/08
135 LC (E) 6436.85 14/10/08
135 LC (C,E) 6744.90 14/10/08
RXZ (K) 7550.15 14/10/08
Y 125ZR (K,S) 7087.76 14/10/08
EGO S (E,S) 5073.00 14/10/08
NOUVO S (E,S) 5705.65 14/10/08

MODENAS

MODEL OTR(RM) update
KRISS 100 (K) 3587.50 14/10/08
KRISS 100 (E) 3891.75 14/10/08
KRISS 120 (K) 4259.00 14/10/08
KRISS 120 (E) 4532.25 14/10/08
KRISS 120 (E,D) 4933.25 14/10/08
KRISTAR (K,D) 4627.00 14/10/08
KRISTAR (E,D) 4658.45
X-CITE 130 (E) 5189.05 14/10/08
ELEGAN (E,S) 6715.00 14/10/08
ELIT SPORTS 6340.40
PASSION 125 4480.40

MZ

MODEL OTR (RM)
MOSKITO 4842.80
MANTIZZ 110R 3611.80
MANTIZZ 125S 4153.40

KAWASAKI

MODEL OTR (RM) update
KRR ZX-150 6426.55 14/10/08
KSR 110 7171.75 14/10/08
NINJA 250R 20697.25 14/10/08
ER650-A 29196.30 14/10/08

NAZA

MODEL OTR (RM)
BLITZ 5517.70
GTR 150 7011.10
CRUISE 250 14184.70
BLADE 250R 19162.90

SUZUKI

MODEL OTR(RM) update
SMASH REVO (K) 4105.05 14/10/08
SMASH REVO (E) 4611.80 14/10/08
SHOGUN (K,D) 4824.06 14/10/08
SHOGUN (E,D) 5115.85 14/10/08
STEP 125 (E) 5261.50 14/10/08
STEP 125S (D) 4842.80
STEP 125SC (E) 4960.50
VS 150(K) 6596.55 14/10/08
Tigris 115 (E) 4933.25 14/10/08

GENZO

MODEL OTR (RM)
GTS 200 9154.40

KYMCO

MODEL OTR (RM)
QUANNON 8631.60

GILERA

MODEL OTR (RM)
GILERA 200 17067.45