Rabu, 31 Disember 2008

KERETA HIBRID

Kuasa jimat minyak

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


SEBUAH kereta hibrid keluaran Toyota yang dipamerkan pada Asean Sumit Trade Exhibition 2005, di Kuala Lumpur.

Kereta guna teknologi hibrid lebih jimat minyak apabila enjin dijana dengan gabungan petrol dan motor elektrik

SETIAP kali krisis minyak berlaku, idea menghasilkan kereta yang dapat menjimatkan penggunaan bahan api timbul.

Tidak ada bezanya dengan krisis yang berlaku sekarang apabila kereta hibrid muncul sebagai antara pilihan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Berbanding kereta solar dan hidrogen, kereta hibrid bukan lagi suatu idea di atas kertas dan bersifat penyelidikan, tetapi meluncur di jalan raya apabila dikeluarkan secara komersial.

Kebiasaannya kereta hibrid bermaksud gabungan enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) dan motor elektrik (electric motor).

Ramai menyangka kereta hibrid adalah perkara baru, tetapi teknologi ini sebenarnya dimajukan sejak lebih 100 tahun lalu.

Sejarah kereta hibrid bermula apabila Dr Ferdinand Porsche, mencipta kereta hibrid pertama, kereta elektrik petrol, Mixte atau nama panggilannya, Aunt Eulalia, tetapi nama rasminya ialah Semper Vivus yang bermaksud sentiasa hidup.

Kereta ini menggunakan enjin petrol yang silih berganti pada kelajuan tetap untuk menjana dinamo yang mengecas akumulator untuk memberikan kuasa kepada motor elektrik di roda depan.

DR Azhar menunjukkan enjin hibrid yang menjadi kajian di UTM.

Idea kereta hibrid zaman moden boleh dijejaki ketika krisis minyak pada 1973 dan 1979 yang menyebabkan Amerika Syarikat, mengambil inisiatif melakukan penyelidikan terhadap teknologi hibrid. Ini juga menyebabkan pengeluar kereta terbesar dunia, General Motor, ketika itu membelanjakan lebih RM65 juta terhadap penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid.

Pengeluar kereta di benua lain tidak ketinggalan, terutama di negara maju yang isu alam sekitar mendapat perhatian serius.

Pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen, memperkenalkan teksi Microbus hibrid, manakala Di Jepun, pengeluar kereta nombor satu, Toyota membina prototaip enjin hibrid dan Mazda, mengeluarkan trak enjin hibrid, Titan.

Selepas banyak wang dicurahkan dan jurutera kereta memerah otak, pengeluar kereta nombor satu Jepun mendahului pengeluaran kereta hibrid secara komersil. Pertengahan 1997, Toyota memperkenalkan kereta hibrid pertama, Prius, untuk pasaran tempatan negara itu.

Honda tidak mahu ketinggalan dan melancarkan Honda Insight, kereta hibrid dua tempat duduk pada 1999 untuk pasaran Amerika Syarikat, diikuti kemasukan Prius ke negara itu tidak lama kemudian. Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional.

Ketika pengeluar Jepun semakin ke depan, syarikat kereta Amerika Syarikat, Ford, pada 2004 melancarkan Ford Escape Hybrid, kenderaan hibrid pertama Amerika Syarikat dan juga SUV hibrid pertama dunia.

Selepas itu semua menjadi sejarah. Pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hibrid sebagai keutamaan.

INFO

Komponen asas kereta hibrid

Enjin

Tangki bahan api


Motor elektrik - Komponen juga boleh berfungsi sebagai generator.

Bateri - Berfungsi menyimpan kuasa bagi kegunaan motor elektrik.

Sistem transmisi - Berfungsi sama seperti kenderaan biasa menggunakan enjin pembakaran dalam.

  • Varisasi Kereta Hibrid

    Susunan selari


    Sistem ini banyak digunakan pengeluar kereta gergasi dunia. Ia adalah enjin pembakaran dalam dan sebuah motor elektrik yang disambung ke sebuah sistem transmisi. Kebanyakan sistem begini menggabungkan jana kuasa elektrik besar dan sebuah motor elektrik dalam satu unit.

    Starter motor dan alternator tidak digunakan. Untuk menyimpan kuasa, ia menggunakan bateri bersaiz besar untuk menyimpan voltan yang lebih besar daripada biasa, iaitu 12 Volt. Peralatan lain seperti stering kuasa (power steering) dan penghawa dingin memperoleh kuasa daripada motor elektrik.

    Susunan bersiri

    Sistem ini menyerupai sistem kereta elektrik berbateri daripada kereta berpacuan enjin pembakaran dalam. Enjin memacu generator elektrik dan tidak menyalurkan kuasa terus ke roda kereta. Generator yang tersedia mengecas bateri dan membekal pusa kepada motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.

    Apabila kuasa yang besar diperlukan, motor elektrik menyedut kuasa elektrik daripada bateri dan generator. Sistem transmisi tidak diperlukan. Terdapat juga reka bentuk yang memperuntukkan satu motor elektrik untuk satu tayar bagi sistem begini.

    Sistem bersiri boleh dipasang dengan bateri jenis penyimpan kuasa elektrik super (supercapacitor) atau roda tenaga (flywheel) untuk menyimpan tenaga yang ditebus guna ketika menghentikan (brek) kenderaan. Proses ini meningkatkan kecekapan kenderaan keseluruhannya.

    Susunan kombinasi selari dan bersiri

    Sistem ini mempunyai alat pemisah kuasa (power-split) membolehkan kuasa dipindah daripada punca ke hiliran secara mekanikal atau elektrik.

    Prinsip asas di sebalik sistem ini ialah kebolehan untuk memisahkan kuasa (decoupling) yang dibekalkan oleh enjin (atau punca lain) daripada kuasa yang diperlukan oleh pemandu.

    Dalam kenderaan konvensional, enjin bersaiz besar diperlukan untuk menghasilkan pecutan daripada keadaan pegun ke keadaan laju akibat daya kilas enjin adalah rendah pada halaju rendah. Sebaliknya, motor elektrik mempamerkan daya kilas tinggi pada halaju rendah yang membantu enjin yang mempunyai kecekapan rendah pada halaju rendah.


  • Khamis, 4 Disember 2008

    Senarai Harga Alat Ganti Motosikal (Price List For Motorcycle Spare Parts)

    Untuk semua peminat motosikal Malaysia, di sini disediakan senarai harga alat ganti motosikal( price list for motorcycle spare parts)sebagai perbandingan.


    YAMAHA


    Yamaha 100 Sports

    Item :: Price :: Locations

    Cluth plate :: RM20.00 :: NKS Sentul

    Cluth Auto Shoes :: RM45.00 :: NKS Sentul

    Cluth Gasket :: RM 2.00 :: NKS Sentul

    Speedometer cable (ori) :: RM7 :: Kamunting,Taiping

    Throttle cable (ori) :: RM9 :: Kamunting,Taiping.


    Lagenda 102/110

    Item :: Price :: Locations

    Absorber SSTwo Racing Spirit :: RM370 :: Medan Kid(Ie Hwa),Ipoh

    Absorber Mikuku RM145.00 NKS Sentul

    Body / Cover Set (Red/Blue/Silver) (5TF-F0000-11/12/13) :: RM 350.40 :: HLY Sg Buloh

    Brake disk (head) :: 20 ++ :: NKS, Sentul

    Fairing Kepala lagenda :: RM20-33 :: NKS, Sentul

    Headlight Assy (Front) (5LL-H4300-01) :: RM 91.60 :: HLY Sg Buloh

    Lampu lagenda (local punya bukan stanley made) :: RM30 :: NKS, Sentul

    Lining / rear brake pad (yasuki brand):: RM8 :: HLY, Sg Buloh

    Mudguard depan :: RM 16.00 :: NKS Sentul

    Kepok (warna biru) :: 40 ringgit sebelah :: NKS, Sentul

    Kepok complete depan + penutup hon :: RM70 HLY, Sg Buloh

    Speedometer cable (ori) :: RM7 :: Kamunting,Taiping

    Tank 2t SSTwo Racing Spirit(5AB)=RM14, Medan Kid(Ie Hwa),Ipoh

    Tailight Unit Assy (Back) (5LM-H4710-00) :: RM 98.00 :: HLY Sg Buloh

    Throttle cable (ori) :: RM13.50 :: Kamunting,Taiping.

    Stripe Yamaha SRLagenda 105 :: rm10 ::NKS Sentul

    RACING BOY DISC BRAKE (WITH BRACKET) :: RM150 :: SRIMUDA SHAHALAM SEK25

    STICKER (STRIPE / DECALS) YAMAHA SPARK-Z LIMITED EDITION (LEGENDA SIAM) :: RM22 :: SRIMUDA SHAHALAM SEK25



    LAGENDA 110

    Clutch plate 6 keping (local) :: rm53 :: perak

    Tayar tt100 :: rm63 :: perak

    Cover lampu :: rm23 :: perak

    Batang handle (ori) :: rm26 :: perak

    Tapak handle (ori) :: rm28 :: kuantan

    Coverset belakang (ori) :: rm65 :: perak

    Lampu Belakang :: rm24 :: perak

    Rim 160-18-racing boy & tayar, tiub, lidi chrome, tongkat rxz, upah pasang :: rm285 :: kuantan

    Body coverset (full) local no.1::blaco colour:: RM170 :: Kuantan.

    Bateri Yuasa YB5L-B::RM40:: Kuantan.

    Spoiler(Holder) ori::RM28:: Kuantan.



    Nouvo 115

    Alloy Front Fork(Sarung) : RM 150.00/pair : GT Max ss25 Shah Alam

    POSH Alloy Lever Brake : RM 8.00/pc : GT Max ss25 Shah Alam

    Front Fork Terbalik : RM 340.00/pair : Kuala Trengganu

    POSH Disc Brake : RM 120.00/ pc : Kuala Trngganu

    GAZI adjustable absorber : RM 280.00/pair : GT Max ss25 Shah Alam


    1. Belt RM78 nks

    2. Rear wheel bearing 6004 RM24 nks

    3. Rear wheel bearing 6002 RM18 nks

    4. Gear box oil seal RM15 nks

    5. Oil seal RM12 nks

    6. Carb diaphram RM70 nks

    7. Roller ori rm75 nks

    8. Throttle cable RM10 nks

    9. Body sticker RM10 nks

    10. Sports rim RM280 nks

    11. GIVI box(normal size) +non-heavy duty carrier RM100 nks

    12. Handle bearings upper & lower rm65 nks

    13. Racing block & piston rm160 nks



    YAMAHA EGO

    Bakul kecik yamaha siam :: Rm18.00 :: Sentul

    Tapak givi :: Rm28.00 :: Sentul

    Brake pull :: Rm15.00

    Fork terbalik :: Rm380.00 :: Jalan Tar

    Fork alloy cassing :: Rm260.00 :: Wah Motor



    Yamaha 125Z

    Item :: Price :: Locations

    Speedometer cable (ori) :: RM8.50 :: Kamunting,Taiping

    Throttle cable (ori) :: RM16 :: Kamunting,Taiping

    Cover Set (full) :: RM180 :: Medan Kidd, Ipoh



    RXZ

    Item :: Price :: Locations

    Absorber Kayaba (w/ warranty card 3 mths) :: RM105 :: K.L Motorcycles, Jln TAR, KL

    Carburetor (ori) :: RM180 :: Kien Hing, Jln Pahang, Setapak

    Con ROD (local) :: RM40.00 :: NKS Sentul

    Fairing RXZ Catalyzer (w/ windscreen) :: RM38 :: Power Tech Cycle Part Enterprice, Sg Buloh

    Fairing RXZ Catalyzer Yellow (w/ windscreen) :: RM35 :: Yulite, Sentul

    Fairing RXZ Catalyzer (fairing sahaja) :: RM40 :: NKS Sentul

    Fairing RXZ Catalyzer (full set+bracket+light+tapak+signal+workmanship RM100) :: NKS Sentul

    Speedometer cable (ori) :: RM7 :: Kamunting,Taiping

    Throttle cable (ori) :: RM11.50 :: Kamunting,Taiping

    Tank RXZ Catalyzer :: RM130 :: Power Tech Cycle Part Enterprice, Sg Buloh

    Tank RXZ Catalyzer Yellow (Colour ori) :: RM250 :: Yulite, Sentul

    Tank RXZ RM 548 - HLY Sg Buloh

    Tank RXZ :: RM 140 (local) ::NKS Sentul

    KAT NKS, Sentul:

    catalyzer rear coverset: RM55

    Kunci (satu set: ignition, tangki, bateri, pelana): RM65 (made in taiwan)

    braket sampan: RM16 (complete set termasuk skru)

    absober rxz kayaba (ori dgn waranti 3 bulan) :: NKS :: RM90

    penutup kotak angin :: NKS :: RM10

    cover set complete rxz boss(fairing+bajak+bontot+cover tepi+tank) :: rm180.00 :: tenang stesen, segamat

    fork (x ori) :: rm80 :: tenang stesen, segamat

    seat cover(catalyte) :: rm5 :: :: tenang stesen, segamat

    tyre viva(mcm sime tyre) 18x2.56 :: rm25 seketul :: tenang stesen, segamat

    spark plug (NGK,BP8-ES) :: rm5 :: tenang stesen, segamat

    kotak tool :: NKS :: RM8

    pintu kotak tool :: NKS :: RM8

    side mirror :: NKS :: RM8 non-ori (ori rm18)

    L-BAR :: NKS :: RM10 non-ori

    Getah L-BAR :: SENTUL :: RM4 (sebijik RM1)

    Horn, NKS :: RM25 non ori, sepasang. (ori +- RM55)