Rabu, 6 Mei 2009

KERETA NANO ( Nano Car)

203,000 beli kereta termurah, Nano



MUMBAI, India 5 Mei - Lebih 203,000 orang telah membeli kereta termurah ultra Nano di India melibatkan jualan bernilai 25 bilion rupee (RM 1,809 bilion), kata Tata Motors.

"Tata Motors merakamkan terima kasih kepada rakyat India berikutan sambutan hangat ke atas Tata Nano," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Jualan itu dianggap sebagai signifikan bagi sebuah negara di mana hanya 1.5 juta unit kereta penumpang dapat dijual pada akhir tahun fiskal yang lalu.

Ekoran kekangan pengeluaran, Nano hanya dijual dari 9 hingga 25 April lalu.

Nano yang membawa maksud revolusi pengangkutan untuk dunia miskin, meletakkan kereta ini dalam kemampuan bagi kebanyakan pembeli pertama.

Namun, Tata berkata, cuma 20 peratus pelanggan memilih untuk versi kereta paling murah, dengan harga runcit 100,000 rupee (RM7,226) termasuk cukai dan kos pengangkutan.

Sebahagian daripada pesanan itu adalah bagi kereta versi mewah, yang dilengkapi penyaman udara dan tingkap berkuasa, dan hanya tinggal 30 peratus menempah untuk model pertengahan.

Menurut laman web Tata, Nano menerima 30 juta pelawat antara 23 Mac hingga 25 April lalu.

Tata Motors berkata, seramai 1.4 juta orang telah melihat kereta itu di kedai-kedai pameran Tata.

Ekoran kekangan pengeluaran menyebabkan jualan menjadi rumit. Bantahan para petani juga memaksa Tata menempatkan semula kilangnya di saat-saat akhir bagi mengeluarkan Nano, yang dijangka tidak akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun.

Ini bermaksud, syarikat hanya mampu mengeluarkan 100,000 unit kereta dari Julai hingga akhir 2010. Tata Motors akan memilih secara rawak 100,000 pembeli untuk mendapatkan penghantaran pertama kereta Nano. - AP

Tiada ulasan: