







HONDA STREAM RSZ
Model : Honda Stream RSZ
Lampu depan : mentol HID
Rim : 17 inci
Enjin : 4 Silinder,16 injap,SOHC i-VTEC
Kapasiti enjin : 1799 cc
Kuasa maksimum : 103 kW @ 6,300 rpm
Tangki penuh : 55 liter
Kapasiti kerusi : 7
Harga: RM 155,980.00 ( termasuk insurans )
Warna : putih ,hitam,kelabu,merah
MUMBAI, India 5 Mei - Lebih 203,000 orang telah membeli kereta termurah ultra Nano di India melibatkan jualan bernilai 25 bilion rupee (RM 1,809 bilion), kata Tata Motors.
"Tata Motors merakamkan terima kasih kepada rakyat India berikutan sambutan hangat ke atas Tata Nano," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kelmarin.
Jualan itu dianggap sebagai signifikan bagi sebuah negara di mana hanya 1.5 juta unit kereta penumpang dapat dijual pada akhir tahun fiskal yang lalu.
Ekoran kekangan pengeluaran, Nano hanya dijual dari 9 hingga 25 April lalu.
Nano yang membawa maksud revolusi pengangkutan untuk dunia miskin, meletakkan kereta ini dalam kemampuan bagi kebanyakan pembeli pertama.
Namun, Tata berkata, cuma 20 peratus pelanggan memilih untuk versi kereta paling murah, dengan harga runcit 100,000 rupee (RM7,226) termasuk cukai dan kos pengangkutan.
Sebahagian daripada pesanan itu adalah bagi kereta versi mewah, yang dilengkapi penyaman udara dan tingkap berkuasa, dan hanya tinggal 30 peratus menempah untuk model pertengahan.
Menurut laman web Tata, Nano menerima 30 juta pelawat antara 23 Mac hingga 25 April lalu.
Tata Motors berkata, seramai 1.4 juta orang telah melihat kereta itu di kedai-kedai pameran Tata.
Ekoran kekangan pengeluaran menyebabkan jualan menjadi rumit. Bantahan para petani juga memaksa Tata menempatkan semula kilangnya di saat-saat akhir bagi mengeluarkan Nano, yang dijangka tidak akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun.
Ini bermaksud, syarikat hanya mampu mengeluarkan 100,000 unit kereta dari Julai hingga akhir 2010. Tata Motors akan memilih secara rawak 100,000 pembeli untuk mendapatkan penghantaran pertama kereta Nano. - AP
![]() |
|
PADA harga RM30.45 juta, lelongan coupe klasik Bugati Royale Kellner keluaran tahun 1931 mencipta sejarah jualan kereta paling mahal di dunia. Tetapi oleh kerana tidak lagi terdapat di pasaran, ia tidak termasuk di dalam rekod jualan kereta termahal.
Pembelian kereta antik itu membuktikan setinggi mana harga yang diletakkan pada sesebuah kenderaan, ia tidak menghalang ketaksuban peminat untuk mendapatkan jentera idaman mereka.
Bagi yang memiliki kekayaan melimpah-ruah, tukaran jutaan ringgit untuk sebuah kereta yang berkuasa tinggi dan mewah bukanlah isu besar apatah lagi kereta yang dipandu itu melambangkan kedudukan mereka yang ‘tinggi’ dalam masyarakat.
Disenaraikan antara kereta-kereta mewah paling mahal di Amerika Syarikat dan harga yang dinyatakan juga dalam dollar AS. Mari kita lihat apakah keistimewaan di sebalik kereta idaman semua ini.
Buggati Veyron AS$1,192,057
Dikenali sebagai Veyron. Jentera berkuasa yang mirip seperti kereta super hero ini adalah yang termahal di pasaran setakat ini.
Veyron berada satu tangga di bawah kereta paling laju di dunia iaitu SSC Ultimate Aero dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam (km/j). Satu perempat daripada kelajuan bunyi.
Menggunakan enjin W16-16 silinder yang dilengkapi empat pengecas turbo dan pacuan empat roda penuh, pecutan kereta ini mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 2.46 saat.
Hanya 300 unit kereta super berkapasiti 7,993 cc ini dikeluarkan oleh syarikat automotif Jerman, Bugatti Automobiles SAS.
![]() |
|
KELAHIRAN Proton Exora menandakan pencapaian terbaru Perusahaan Otomotif Nasional Bhd. (Proton) dalam industri automotif negara dengan penghasilan kenderaan pelbagai guna (MPV) serba baru.
Kejayaan itu juga mencatat sejarah tersendiri bagi Proton dalam industri apabila berjaya merealisasikan kenderaan ini dalam tempoh 18 bulan, bermula dari konsep idea hinggalah kepada tersergamnya sebuah jentera yang boleh mengangkut tujuh penumpang ini.
Terdapat dua varian yang kedua-duanya menggunakan transmisi automatik iaitu M-Line (RM69,998) dan H-Line (RM75,998). Inilah yang dimaksudkan sebagai memenuhi cita rasa rakyat. Pelanggan mahukan sebuah kenderaan yang boleh mengangkut seberapa ramai sanak-saudara dan boleh pula dimiliki pada harga yang sangat berdaya saing.
Difahamkan transmisi manual bakal diperkenalkan kemudian dan penulis automotif yang dijemput khas oleh jurutera R&D Proton telah memandu uji varian transmisi manual yang secara ringkasnya, memiliki output kuasa yang memuaskan untuk enjin 1.6 liter seperti Exora.
Daripada segi penggayaan automotif, prinsip fungsi utama yang dipegang oleh jurutera-jurutera Proton ialah model itu hendaklah mampu mendatangkan keseronokan dan unik tetapi melangkaui jangkaan pelanggan serta meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tempoh pembangunan reka bentuk menerusi pelaksanaan bersilang kaedah digital dan tradisional.
Sebelum pelancaran rasminya pada Rabu lalu, ramai yang bertanya mengenai rupa sebenar Exora ini. Apakah ia macam Toyota Wish? Mitsubishi Grandis? Satu sahaja cara menjawab yang mungkin boleh memuaskan hati ialah sebagai sebuah MPV, Exora tidak boleh lari dari acuan MPV. Cuma saiznya menyaingi Toyota Innova yang bukan pun MPV totok disebabkan kerangka badannya dikongsi dengan Hilux dan Fortuner.
Jeriji depan yang berlogo kepala harimau merupakan ciri standard Proton yang diguna pada model-model lain. Kaedah ini adalah amalan standard syarikat kereta lain bagi 'menegaskan' keseragaman sesuatu jenama.
Aspek menarik pada lampu hadapannya ialah ia seakan 'mata terbonjol' yang memastikan sinaran cahaya yang lebih terang pada waktu malam. Bamper depan juga direka bagaikan otot kembang yang memaparkan imej teguh dan kuat. Sejajar dengan trend masa kini, lampu isyarat terdapat pada cermin sisi.
Dari sudut belakang pula, lampu LED yang bergaya pasti memudahkan pemandu lain bukan sahaja dapat melihat dengan jelas tetapi juga pantas mengenal pasti Exora daripada MPV lain.
Apabila masuk ke dalam, pandangan mata akan pertama sekali bertumpu pada papan pemuka. Gabungan warna kelabu memberi kesan yang sesuai dalam cuaca panas tropikal Malaysia dan tidak akan memantul bayang pada cermin.
Kotak simpanan depan (glove box) pula terdapat dua iaitu atas dan bawah dan satu cangkuk terdapat pada tepi kotak tersebut, yang disifatkan sebagai memenuhi gaya hidup orang Malaysia yang suka membeli bekal. Ia boleh digunakan untuk mencangkuk beg plastik, bekas air minuman teh tarik dan sebagainya.
Untuk sistem audio visual, Proton memilih jenama CLARION yang mempunyai kemudahan Bluetooth bersepadu iaitu pemandu boleh memasang telefon bebas tangan menerusinya. Cuma, ia mungkin kurang selesa jika terdapat penumpang lain mendengar sama perbualan terbuka itu! Punat kawalan terletak pada stereng roda bagi memastikan tangan pemandu tidak perlu dilepaskan pun.
Untuk varian H-Line, pelanggan akan menikmati pemain DVD beserta paparannya. Varian H-Line juga menawarkan sarung kerusi kulit, lampu kabus depan, spoiler belakang, tempat rehat tangan kerusi depan, cruise control, sistem navigasi satelit dan cermin gelap.
Dari sudut keselamatan pula, beg udara berkembar di hadapan adalah ciri standard pada kedua-dua varian.
Exora menggunakan enjin Campro CPS 4 silinder, DOHC 16 injap 1.6 liter yang mampu menjana 125 kuasa kuda pada 6,500 revolusi per minit (rpm) dan kuasa terjahan 150 Newton meter pada 4,500 rpm.
Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 165 km sejam walaupun uji pandu penulis automotif mengesahkan ia boleh ditekan hingga 170 km/j di kawasan Genting Sempah. Tangki penuh MPV ini ialah 55 liter.
Dari aspek pengendalian, uji pandu khas untuk penulis automotif mendapati kenderaan tidak 'terbuang' semasa mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. Ini didorong oleh sentuhan Lotus dalam aspek tersebut.
Dibina untuk mengangkut tujuh penumpang dengan selesa, Exora memiliki corong pendingin hawa pada setiap baris tempat duduknya yang juga cukup untuk orang dewasa daripada segi keluasan kerusi dan ruang kaki pada baris ketiga. Kerusi bersarung kulit terdapat pada varian H-Line.
Exora juga boleh dijadikan kenderaan pengangkut dengan kerusinya boleh diubah kepada enam kedudukan, termasuk dirata sepenuhnya untuk kerusi tengah dan terakhir.
MPV Proton ini juga dipasang dengan Modul Kawalan Badan (BCM) iaitu gabungan pelbagai fungsi elektronik kenderaan seperti kunci sepusat, penggera keselamatan, lampu kecemasan dan penentu masa ke dalam satu modul kawalan.
Sistem BCM ini meningkatkan lagi keselamatan kerana pintu pemandu hanya terkunci dan terbuka secara automatik apabila kunci dicabut.
BCM juga mempunyai keupayaan untuk melakukan diagnostik bagi memastikan status kegagalan sesuatu fungsi kawalan serta meningkatkan keselamatan kereta dan meningkatkan hayat bateri menerusi aliran parasitik yang rendah..
Daripada segi keselamatan, ia dipasang dengan dua beg udara di bahagian pemandu dan penumpang depan, sistem anti kunci brek yang pintar dan sistem edaran tenaga brek elektronik (EBD).
Exora dibina di atas platform serba baru menggunakan teknologi Hydroforming, iaitu meluaskan tiub besi menerusi tekanan air dari dalam pembuatan bentuk acuan.
Bahagian-bahagian kosong dibentuk dengan bentuk luaran yang rumit dan perwatakan khas yang membolehkan pelbagai pilihan digunakan pada masa depan dalam industri automotif.
Kerangka kecil (sub frame) Exora adalah sebahagian daripada Struktur Depan kerana ia menyumbang kepada Keutuhan Badan dan Keselamatan Pasif. Ia juga menyokong enjin kenderaan dan beberapa komponen chasis selain melindungi penumpang semasa perlanggaran berdepan.
Produk menggunakan teknologi Hydroform memiliki kelebihan daripada segi berat yang rendah, keutuhan tinggi semasa berlanggar, sambungan patri yang kurang dan bermakna kurang karat, bahagian-bahagian individu yang sedikit dan kejituan tinggi.
Terdapat enam warna ditawarkan sebagai pilihan kepada pembeli iaitu Putih (Solid White), Biru (Blue Haze), Coklat Gelap (Pyrite Brown), Biru Muda (Gaia Blue), Hitam (Tranquility Black) dan Perak (Genetic Silver).
Fakta tentang Proton Exora :
transmisi - automatik (M-Line,H-Line)
harga -M - LineRM69,998 / H-Line RM75,998
audio visual - jenama CLARION
enjin- Campro CPS 4 silinder, DOHC 16 injap 1.6 liter
warna - Putih (Solid White), Biru (Blue Haze), Coklat Gelap (Pyrite Brown), Biru Muda (Gaia Blue), Hitam (Tranquility Black) dan Perak (Genetic Silver).Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.
Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah. - Utusan
![]() |
|
DARI segi rupa, pasti ramai akan beranggapan Citroen Grand C4 Picasso ini bersaiz sederhana. Namun, setelah memasuki dan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Perancis ini, yang nyata ialah perasaan luas yang terhasil daripada jarak bumbung yang tinggi, tingkap cermin yang panjang dan ruang kaki yang mencukupi untuk orang dewasa.
Secara azalinya Grand C4 Picasso ini adalah MPV tujuh kerusi tetapi dua kerusi tambahan di barisan akhir boleh dilipat rata di atas lantai kenderaan. Saiz dua kerusi tersebut bagaimanapun, lebih sesuai untuk menempatkan kanak-kanak atau orang dewasa di bawah ketinggian 5 kaki. Di belakang kerusi pemandu terdapat meja lipat sama seperti kerusi dalam pesawat.
Keluasan yang dinikmati bermula dari tingkap hadapan. Penghadang cahaya mempunyai ruang untuk ditolak lagi ke dalam bumbung, memberikan ruang pandangan sehingga ke langit bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga penumpang di belakang.
Sebenarnya sepanjang pemanduan, penulis dapat merasai kesan tingkap yang begitu nyata pada kenderaan ini. Memang luas pandangan! Selain itu, tingkap bumbungnya juga meliputi dari bahagian tengah hingga hampir ke sudut belakang kenderaan (sesuai untuk menonton permainan bunga api!).
Jangan risau soal panas dalam cuaca tropika Malaysia kerana cerminnya dilengkapi penapis filem anti-UV dan anti- infra merah. Setiap baris tempat duduk juga dipasang dengan serombong pendingin hawa.
Citroen memberi perhatian khusus pada bahagian panel pemuka. Reka bentuknya yang moden dengan penekanan pada aspek digital, membawa perasaan seronok memandu (jarang dirasai semasa memandu kenderaan bukan kereta sports).
Meter kelajuan yang digunakan bukan meter tradisional. Ia terletak di konsol tengah yang latarnya boleh ditukar kepada lima warna dan nombor kelajuan menonjol mengikut tekanan pedal (ciri ini terdapat pada Honda Civic dan beberapa lagi kenderaan). Selain meter kelajuan, ia memaparkan kadar dan purata penggunaan minyak, tarikh, saluran radio yang sedang didengar dan jarum rpm.
Butang kawalan audio pula mempunyai penutup. Apabila tidak digunakan, panel pemukanya seolah-olah tidak mengandungi radio. Ia juga memiliki ciri Bluetooh pada sistem audionya yang boleh disambungkan terus dengan telefon bimbit anda.
Satu lagi ciri menarik pada Grand C4 Picasso ini ialah sterengnya yang hanya berputar pada bulatan genggaman tetapi bahagian tengah (lazimnya tempat hon dan beg udara) kaku semasa mengambil selekoh. Bila direnung rasional rekaan sebegitu, ia banyak memberi kesenangan kepada tangan pemandu kerana tidak terganggu oleh bahagian tengah roda stereng. Reka bentuk ini adalah inovasi asli dan pertama kali diperkenalkan oleh Citroen.
Untuk mengoptimumkan ruang dalam kabin pemandu, batang gear tidak diletakkan di lokasi biasa MPV lain iaitu di panel pemuka sebelah kiri tangan pemandu. Sebaliknya ia terletak pada ‘tengkuk’ stereng manakala brek tangan dikawal komputer sepenuhnya iaitu apabila gear dimasukkan ke ‘P’ dan enjin dimatikan. Brek tangan tersebut ‘dilepaskan’ sebaik sahaja gear ditukar ke ‘D’ dan pedal minyak ditekan.
Sembilan beg udara
Sepanjang lima hari pandu uji, penulis perasan sejenis haruman yang wujud dalam kabin. Ingatkan bau kerusi atau pewangi semburan tapi lazimnya pewangi sedemikian selepas tiga hari akan hilang. Tapi haruman ini kekal – sekali gus mendorong penulis menyiasat dan ‘menyelongkar’ panel pemuka.
Penulis menemui satu kotak bertulis PARFUMEUR D’ambiance berlogo Citroen. Menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Brooklands Motors, Loo Yat Min, botol pewangi itu mempunyai ruang khusus dalam serombong pendingin hawa dan stoknya hanya dibekalkan oleh Citroen. Ini lagi keistimewaan Citroen! Tidak perlu lagi bersusah-payah mencari botol pewangi dan melekatkannya di atas panel pemuka yang hanya mencacatkan rupa pandangan!
MPV ini dijana oleh enjin 2.0 liter yang menghasilkan 143 kuasa kuda dan tork sebanyak 200 Nm pada 4,000 rpm. Enjin yang mematuhi piawaian pengeluaran asap Euro 4 diperkasa oleh transmisi automatik empat kelajuan.
Ciri keselamatan merangkumi penarafan 5 bintang Euro NCAP dan sembilan beg udara dan sesuai dengan kempen memakai tali pinggang belakang, terdapat sistem peringatan tali pinggang untuk semua tujuh penumpang.
Harga atas jalan ialah RM169,607 tanpa insurans dan Brooklands Motors selaku pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan Citroen menawarkan waranti dua tahun atau 100,000 km (yang mana dulu). Pelanggan juga boleh memilih beberapa aksesori tambahan seperti Bluetooth, kerusi sarung kulit, rim aloi 18 inci dan sebagainya yang bernilai RM7,700.
Langkah radikal tangani keadaan kejatuhan pasaran automotif Britain
KEJATUHAN ekonomi yang teruk mencetuskan beberapa tawaran jualan luar biasa di Britain, seperti dua kereta ditawarkan pada harga sebuah kereta.
Tawaran yang menarik itu diadakan oleh mereka yang yakin bahawa perkara seperti itu adalah sesuatu yang logik, demikian mengikut penjual kereta secara dalam talian, Broadspeed.com yang mendakwa berjaya menggegarkan pasaran dengan langkahnya yang radikal.
Alasan pemiliknya, Simon Empson adalah jika harga saham di pasaran saham jatuh sebanyak 40 peratus, maka harga barang pengguna juga perlu turut jatuh.
Empson yang enggan menyatakan jumlah sebenar jualan, berkata beliau menjual 'beratus-ratus' kereta.
Beliau mengulangi taktik itu dua bulan lalu, kali ini dengan menawarkan dua kereta salon Dodge Avenger SXT lengkap dengan tempat duduk kulit dan pendingin hawa pada harga £20,000 (RM101,500), iaitu pada harga sebuah kereta.
Apabila media melaporkan tawaran itu, minat daripada pembeli datang mencurah-curah.
"Lebih daripada 10,000 orang cuba memasuki laman web kami setiap jam," kata Empson.
Nak beli kereta Proton ? Jom semak senarai harga kereta Proton.Sokonglah industri automatif negara…Siapa lagi kalau bukan kita…
Senarai harga kereta keluaran Proton.
Gen 2 1.6 RM 53,488.00 – RM 60,488.00
Satria Neo 1.6 Lite RM 41,583.50
Satria Neo 1.6 ML RM 48,463.00
Satria Neo 1.6 HL RM 51,763.00
Saga 1.3 RM 31,500.00 - RM 39,998.00
Persona RM 45,499.00 – RM 56,350.00
Persona SE RM 59.800.00
Waja CPS RM 61,888.00 – RM 64,888.00
Perdana 2.0 RM 101,485.05
Taktik terkini Kejadian Rompakan / Samun Kenderaan (1)
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start enjin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa?
Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
Semoga menjadi panduan berguna terutama kepada kaum hawa.
Taktik terkini Kejadian Rompakan / Samun Kenderaan (2)
Ini isu semasa yang perlu anda ambil tahu, jangan tidak membacanya.
Pembaca sekelian,perkara ini mungkin atau bakal terjadi kepada sesiapa sahaja. Malang itu tidak berbau, sapa boleh bau kira handallah tu!
Sebagai infomasi anda terdapat taktik terbaru golongan penjenayah untuk merompak atau menyamun kenderaan anda di jalan-jalan raya. Jika anda melalui mana-mana jalan raya yang sunyi, kurang kenderaan seperti Highway Kesas dari Puchong ke Kajang, Cyberjaya ke Putrajaya, Highwah Guthrie atau dimana sahaja, diingatkan sentiasa berwaspada.
Taktik penjenayah adalah seperti berikut:
Mereka akan mendapatkan mangsa secara ‘random’. Jika anda seorang wanita berseorangan, lelaki berseorangan, wanita yang membawa anak kecil, atau berpasangan, memandu ketika lewat malam, mungkin anda adalah mangsanya.
Anda akan dihampiri oleh penunggang motosikal dan ketika itu, cermin kenderaan anda akan dibaling telur. Ketika ini anda akan cuba ‘on’kan windscreen anda sehingga cermin menjadi kabur.
Ketika suasana seperti ini, anda bakal memperlahan dan memberhentikan kenderaan (sambil menyumpah seranah orang yang baling telur tu &*^$%#)
Diwaktu anda memberhentikan kereta inilah, datangnya sebuah kenderaan, kemudian mengacu senjata, merompak dan menyamun kenderaan anda.
Apa jadi jika berlaku seperti ini kepada diri anda atau diri saya?
1. Bila anda dibaling objek ke kenderaan semasa anda sedang memandu, jangan berhenti.
2. Pandu kenderaan anda terus ke 7 Eleven, stesen minyak, balai polis atau di tempat tumpuan orang ramai (kawasan ramai)
Ini dapat mengelakkan perkara buruk terjadi kepada anda. Jadi, anda sudah pun membaca post ini. Tugas anda adalah memberitahu info ini kepada rakan-rakan anda tentang isu keselamatan diri ketika keluar lewat malam. Jumpa lagi